Sunday, November 8, 2009

Piala Malaysia 2009 khas untuk Tuanku Muhriz


PERJALANAN JAUH TAK KU ENDAH

Piala Malaysia tahun ni merupakan kenangan terindah. Wa hanya miss 3 games masa group clash. Suku, semi dan akhir wa registered full attendance. Lam ghaib mumkin, walakin maujud daiman abadan. Dari Paroi ke Darul Aman,terus ke Kuala Terengganu dan berakhir di Bukit Jalil dengan kejayaan sejuta kenangan.




PENGALAMAN SEDANGKAL PEMIKIRAN

Memang best bersama rakan2 di N9Futbol.com. Waghih tegar sehidup semati. Heheh macam2 kerenah macam2 ragam, seperti duduk dalam satu dorm asrama. Syabas pada 3-4 brothers yang menjadi penjawab tempahan dan otai lain yang bertungkus lumus menjayakan trip nie. Trip ke Kedah, aman sahaja laksana nama Negerinya. Yelah kami cuma melawan pasukan kelab sahaja, lagipun pengalaman wa keje di utara dulu, orang2 disini x ganas, diorang respect org, yang datang disambut, yang balik dilambai. Apalagas, stadium Darul Aman kena conquer la sebab x ramai org Kedah datang.

Tapi lain ceritanya di Kuala Terengganu, the expected was unexpected. 2 penyokong N9 terpaksa mendapat rawatan di hospital. Report polis dibuat. Stadium terlampau pack sangat. Kapasiti wa rasa 12-15k jer, tapi yang datang lebih dari tu. Sampai ada yang bersila sebelah pagar stadium, dan kami cuma dibenarkan datang 160-180 org jer, memang masak la. Sebaik la polis sana ada, kalu xda lagi teruk lagi. Terima kasih juga dengan Ganusoccer.net yang membantu kami. First time bas-bas kami diescort sampai ke Marang. Tapi sempat jugak diorang baling batu tu, heran tul. Tapi mercun jenis bungapi yang meletup kembang 10 meletup lagi tuh yang buat gua x puas hati, dibaling ditengah2 180 orang kami....bukannya apa, ada 10 budak bawah 10 tahun. Tapi tulah kami dah pesan jangan bawa anak, diorang bawa anak gak, so nak buek canno, bebudak tu kami masukkan ke dalam control room stadium tersebut yang betul2 di kawasan kami...



MANGSA JUALAN TIKET

Selepas balik KT, kitorang dah merancang ke Bukit Jalil. Penyokong Tegar N9 yang selalu penuhkan stadium paroi 15-20k sahaja. 20k lg datang bila menang. Kelantan usah cakap la, penyokong diorang memang confem bleh capai 60k. Jadi dimaklumkan dalam paper, N9 diberi 20k dan Kelantan 30k dan selebihnya 35k akan dijual di Bukit Jalil. Ceritanya bila start dijual pada hari Selasa, di KB habis dalam masa 4-5 jam sahaja walhal di Seremban mengambil masa 3 hari untuk habis. Puak N9 ni mmg lambek boli, sobab diorang ingat leh cargas ke Bukit Jalil, Entah macam mana, 30k dari 35k tiket yang janji dijual di BJ dihantar ke KB sebelum Jumaat, dan pada hari jumaat baki 5k dijual di BJ. Tu yang buat spoil tu, masa gua saje tgk perkembangan di BJ pada hari Jumaat, beribu penyokong N9 berasak dengan penyokong kelantan yang tinggal di KL, apo cer? puluh ribu rebut 5k? Jadi akibatnya 22k N9 ditemani oleh 64k orang Kelantan. Masak la. Sejak 12 tahun wa duduk KL ni, x pernah wa miss satupun final Piala Malaysia, kalau wa bukan orang N9, x tahulah tahun ni leh tgk final ke tidak. Mmg full packed.

PESAN MB DAN KETUO KAMPUNG SURUH BERADAB

MB N9 dan semua ketuo kampung termasuk Imam surau dan masjid N9 telah pesan agar penyokong N9 beradab tengok final bola. N9 Futbol dan Kelate.Net telah lancar kempen anti keganasan bolasepak. Orang N9 sonang jago dan memang mendonga kato,org minang ni kalau marah diorang diam. Tapi bilo x tahan, memang susah nak menyobakannya. Dengan penyokong yang outnumbered, memang senang kami diprovoke. Mujurlah polis ada mengawal keadaan. Orang Kelantan OK bukannya ganas, tapi ada segelintir tu bila dah ramai diorang naiklah syeikh, biasalah. Cuma peristiwa tu menjadikan ado yang berdendam. Tu terpulanglah kepado masing2. Sedih, sesama Melayu pun pasal bola nak gaduh. Buek apo beriyo bona, monang kalah adat pertandingan. Kita nie bukan ramaipun. Wa salute kepada seorang AJK Kelate.Net yang cedera dipukul oleh Geng Merah kerana membantu 2 orang penyokong N9 yang dipukul di LRT BJ. Nasib baik betul kejadian tu berlaku ketika Penyokong N9 masih belum habis keluar, dan sedang meraikan penganugerahan piala di dalam stadium. Kalu x entah apa yang akan jadi. Papopun timo Kaseh. Wa tabik spring kat lu.


AKHIRNYA PENANTIAN 61 TAHUN TERUNGKAI JUO

Ramai heran apa rahsianya team N9 boleh cipto rekod PM. Menang sume game. Score 27 bolos 3 sahaja. Punco? Team ni kuat disume posisi. Diorang lak main untuk ungkaikan impian 61 tahun rakyat N9. Piala khas untuk Yam Tuan. Dibantu pulak dengan tarikh, tahun yang seakan berpihak kepada N9. Itu sahaja. Jadi tahniah N9. Tahniah sumo. Dapat jugak wa kucup Piala Malaysia Piala Keramat.



Balik juo ko jang ooi balik ke kampung
Lamo bona ko jang oii dighantau oghang
Alahai anak omak!!!!

Tuesday, October 6, 2009

Kemeriahan Liga Malaysia Perlu Lebih Promosi

Kalu korang perasan, promosi Liga Malaysia dirasakan tidak hebat dan meriah berbanding promosi yang dibuat ke atas Liga Bolasepak Utama dunia. Promosi ibarat lepas batuk di tangga.

Kita arif mutu bolasepak negara jauh ketinggalan berbanding di Eropah, kita tahu ramai lagi bebudak ni sokong team Eropah dari team negeri atau kelab di Malaysia, kita tahu ramai yang lebih menanti keputusan luar negara dari keputusan dalam negara..tapi wa tau jauh dilubuk hati, sesapa yang berstatus warga negara Malaysia PASTI ingin tahu perkembangan terkini bolasepak negara

Pedulikanlah prestasi mereka, pergi jahanam keputusan perlawanan mereka, lantaklah apa yang level bolasepak kita..tapi sikap sayangkan bolasepak negara SEMEMANGNYA ada di setiap hati kita. X gitu?

Oleh tu, wa harap agar pihak yang berwajib meriahkan la semula Liga Malaysia ini. Macam mana orang nak p stadium, kalau promosi tiada. Kekadang orang x tau Liga Malaysia ni dah sampai peringkat mana.

Orang x datang umah kita, kalau kita x ajak datang rumah! Orang luar x datang melancong ke Malaysia kalau warga Kementerian Pelancongan buat keje di pejabat sahaja!! Arwah Uwan gua pernah cakap, kalo kito buek kenduri, jangan ado niat harap jangan ramai yang datang takut lauk x cukup, InsyaAllah orang x akan datang, lauk mesti berlebih! Niat memang x akan menghalalkan cara.

Masih ingatkah kita dolu2, paper kita penuhkan satu page pasal pre and post matches. Kita sampai berebut suratkabar dengan family member untuk baca suratkhabar. Haha nak berebut baca page belakang. Itu zaman semi-pro jer tuh

Masih ingatkan kita dolu2, di jalan raya kereta2 pakai sticker team masing2.. itu zaman semi-pro jer tuh

Masih ingatkah kita dolu2, kat sekolah kita berebut cite pasal bola sepak negeri masing2..sampai ada yang bertumbuk..itu zaman semi-pro jer tuh

Puncanya? Promosi masa tuh hebat jer. Baik dari penaja, suratkhabar, media dan FAM sendiri. X hebat pun bolasepak masa tuh.Jangan cakap masa tu kita hebat, wa rasa sama jer, mungkin sekarang lagi hebat, masa tuh xda Astro jer...

Kemajuan bolasepak negara bukan milik FAM dan TM selaku penaja..semuo pihak bertanggungjawab, termasuk suratkhabar tempatan. Oleh itu, wa harapkan banyakkanlah lagi promosi bolasepak negara. Tau kenapa ada team berhutang? Kenapa gaji x bayar? Kenapa EPF x potong? Sebagai orang x p stadium..

Pedulikanlah team lu kalah, diorang kalah sebab lu x p stadium sorak diorang...Lu pikir la sendiri

Sebagai peminat bolasepak negara, kita mesti memperjuangkan isu promosi ini. Kita mesti maklumkan pihak media tempatan untuk memperbanyakkan cerita bolasepak negara di dada akhbar tempatan. Rasanya paper kita masih lagi laku kalau hari2 keluar cite Liga M. Orang masih ghairah dengan team negeri masing. Percayalah!!!!

Sokong team luar negara x akan memajukan bolasepak kita. Diorang tambah kaya ada la. Nasib bolasepak kita adalah di bawah telapak tangan kita. Kita sendiri yang mampu mengubahnya...Ayuh!!!

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Ghayo





Sempena menyambut Syawal Qudus ini, gua sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dah silap selama kita bersaudara. Sesungguhnya gelak ketawa dan hiba nangis gua dengan korang selama ni adalah ikhlas.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ زَيِّنُوا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ.

رواه الطبراني

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Hiasilah hari-hari raya kamu dengan takbir. "(Riwayat Tabrani)

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً.

لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ.

لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.

Dari Bahau Sekeluarga

Thursday, September 3, 2009

Meriam Buluh Meriam Tanah

Tetiba wa terkenangkan kisah kecik2 dulu di kampung masa menyambut Ramadhan..x lain x bukan ialah main meriam buluh dan meriam tanah...

Meriam buluh ni x best main sorang2 atau sorang dua, dia kena main berkumpulan. Tag team ni normally 3-4 orang. Tukang bancuh, tukang suluh, tukang sorong dan tukang cucuh. Baru lengkap. Selalunya tag team ni ikut kawasan rumah yang berdekatan. Selalunya 1 kampung ada 9-10 tag teams. Yg bestnya kg gua bersambung2 dengan kg2 lain dalam jarak yang dekat dan dipanggil Mukim Kolo Jompo. Jarang tag team2 satu kg bergabung, tetapi akan bergabung secara x sengaja bila dengar dentuman dr kg sebelah. Port berbeza2, tp normally di kawasan lapang supaya bunyinya jauh kedaung.

Budak mukim gua amat berdisplin dlm hal ni. Mcm askar la katakan. Kitorang x akan main sebelum pose mencecah minggu ke-2. Mula2, lepas sekolah kitorang akan kumpul dulu bincang strategi, tahun ni meriam buluh ke meriam tanah, kalau buluh bilo nak ke baruh amik buluh, kalau meriam tanah busut rumah sapo nak dikorek, perkakas2 sapo yg bawak, buluh nak panjang mana, nak buat design apo, pelito umah sapo, port meriam dimana, duit kebait berapa hinggit soghang n last sekali sapa jadi apa masa main.

Bila dah ready, kami akan buat sama2. Dari A sampai Z. Kebait senang, beli kat kodai depan sekolah tu ja. Cakap je kat tokey tu abah kitorang suruh beli, tentu dia xkan soal. Kami akan start main lepas maghrib, then berhenti jap untuk tarawih, heheh kami memang hormat otai2 kat surau tuh, lepas tarawih kami terus cekup moreh2 di surau utk dijadikan sebagai resyen dan bawa ke port kami. Wakakaka askar mesti ada resyen. Nak perang lah katakan. Kami main ikut dentuman pihak lawan, dan akan tamat pada jam 11 lebih, kena balik beb, esok nak sekolah. Jgn terlebih2 masa sebab org kg tidur awal...wakaka

Yang bestnya, xda sorang pun otai2 kg kami yang marah kami main benda nie. Diorang cakap, ini budaya budak kg, mainan budak kg, xda benda ni x meriah la. Diorang kecik2 dulu main gak..Mungkin sebab dilihat kami berdisiplin main benda ni, kebait secukup rasa, buluh diikat rapi, x ikut perasaan...Alhamdulillah dah 30 tahun wa idup ni, xda satu kejadian x diingini berlaku dikalangan yang main benda ni di mukim kg wa. Yang pentingnya, disiplin, bekerjasama, hormat orang dan beringat selalu

Tulah kekadang bilo baca paper tengok ada yang putus sana putus sini darah sana darah sini, wa cukup heran...apsal kami bebudak kg yang pure ni x kena apa2 masa main dolu2? Bukan nak mintak la, tapi tula yang wa heran bila ada yg tercedera..main x beringat tuhan nak balas la tuh..lain kali baco Bismillah dulu

Hai...pilu rasanya bila tulis cerita ni..ke gian nak main lagi? entahla...dah la tu zaman dah berlalu..kini zaman lain, zaman carik duit, zaman memain dah habis, kini memain lain pulak wakakakaka

Kepada Prebet Ceeq, Prebet Mael, Prebet Ad, Prebet Anip, Prebet Jilin, Prebet Ayoi, Prebet Tapa...wa coretkan sedikit kisah kita masa kecik2 dolu...kisah kenangan kita akan tetap terpahat sampai bila2...tanpa korang wa x akan lalui kisah2 menyeronokkan dan penuh pengalaman itu..

Squad, jumpo kita ghayo nie, tapi sori bukan di surau pd raya pertama, raya ketiga baru balik kg, tahun nie turn Shah Alam la pulak.....

Boommm!!!!!!!

Wednesday, August 26, 2009

Tarawih di Kg Tunku

Wa tiap2 malam semayang Isyak dan Tarawih di Masjid Kg Tunku, yakni dalam kejiranan mertua wa. Cuma semenjak 2-3 hari lepas wa perasan Tan Sri Sam akan semayang di saf ketiga dihadapan wa setiap malam...Tan Sri Sam memang salah satu idola wa dlm servis nie. Tak sangka Tan Sri Sam duduk di PJ lepas pencen.

Hmm..Masjid Kg Tunku ni saf 1-5 sebahagian besarnya dipenuhi oleh otai2 manakala saf2 lain oleh golongan muda. Dan otai2 nie kebanyakannya YA.Bhg. Tun/Tan Sri/Dato' Seri/Datuk Seri/Dato'/Datuk. X heran tabung Masjid ni gua tengok riban2 penyatanya setiap minggu. Kete yang parking usah cakaplah. Setakat Ferrari ngan Carrera tu tak cukup tangan nak kira. Alhamdulillah

Lantas terdetik satu perkara dlm kepala hotak gua. Kawasan ni kebanyakkannya didiami/diterokai oleh otai2 professional dimana 50% adalah bekas professional kerajaan dan 50% lagi professional swasta mcm lawyer, doktor, businessmen. Campur sume bangsa. Kawasan ni dibuka oleh PKNS pada awal 60an. X heran design rumah2 disini sebijik mcm cite Anak Bapak, Rumah Ketua Perompak Nasib Do Re Mi atau Rumah Nyonya Mansor. Besar2 dan value dia paling cipan RM2 juta. Kebanyakkan owner fasa pertama sama ada dah meninggal atau pencen. Fasa kedua (70an) sampai fasa 4 pun dah ramai yang pencen. Rumah mertua gua fasa pertama. Arwah Atok bini gua yang beli. Dia Akauntan kat AG.

Rumah kat sini mesti ada garden yg besar. Porch kete yang boleh muat 5-6 bijik. Belakang dapur ada tempat lepak n BBQ. Ruang tamu ada 2. Wow..ceritanya, kan best kalau wa masuk servis batch 60-70an. Dah tentu rumah wa akan cenggini. Tapi sekarang, kalau wa labur RM700,000 pun rumah wa tetap x sehebat rumah disini. Xda garden besar, bilik tidur kecik, car porch muat 2 kete jer (tupun proton n kancil). Padahal bila wa reccy, diorang beli rumah ni dlm hege RM200,000-RM 300,000 jer masa tu, dah sekrang diorang dah jadi jutawan dlm diam.

Moral of the story: Hebat tul servis dan professional dulu2. Tinggi status diorang masa keje hingga ke pencen. Sekarang nie dah ramai sangat dah jadi pegawai kerajaan dan join professional, kekadang org yang x lepas sekolah jual burger tepi jalan lagi kaya. Aura dolu2 tu semakin hilang. Entahlah...Wallahua'lam.

Sunday, August 23, 2009

Nikmat Ramadhan di Penarikan

Aduh bestnya puasa di kampung...sejuk, nyaman, tenteram, tenang, damai dan segalanya yang membuatkan puasa wa terasa begitu indah...kenikmatan ini takkan dapat dinikmati di Kuala Lumpur..Alhamdulillah

Aduh nikmatnya berbuka dan bersahur bersama keluarga..walaupun ada 3-4 orang adik dan ipar yang x balik ke kg, tapi air tangan ibu mencairkan segala-galanya...nikmat sungguh..rasa nak jemput ibu hari2 ke KL untuk memasak makanan kegemaran gua..best memang best..Alhamdulillah

Aduh nikmatnya berterawih bersama kawan2 dan orang2 kampung..huh surau kampung ni, memang nostalgia..walaupun dah berubah dari papan ke batu, tapi kenangan dolu2 tetap terpahat dijiwaku...terlintas lagi masa kecik2 dulu wa ber'racing basikal ke surau untuk ngaji..mencari kumbang kayu dibawah surau...mendengar ceramah ustaz2 dan kiyai2...memang banyak kenangan..Alhamdulillah

Aduh nikmatnya moreh ramai2..nikmatnya bersenda gurau dengan uwan2 acik2..ingat dolu2..sebaik salam jer witir, terus kami meloncat dari tangga yang tinggi ke dapur mencuri moreh...hahaha Ceek, Jilin, Anip, Emi, dan Mael..masih ingatkan korang kisah kita dulu...bila dah sekolah menengah, kita bukan mencuri moreh lagi..tapi x sabar nak moreh, sebab masa tula boleh jumpa dan bermesra dengan awek2 cun yang muncul dibulan pose ni..hai hanya Jilin ngan Mael jer yang belum kawin...udahlah tu..awek2 yang kita ngurat tupun dah beranak pinak..korang bilo laie? Papepun kenikmatan makan moreh akan terus menjadi pelengkap terawih di surau..Alhamdulillah

Cukup di sini dulu, nak ke Upwell Bahau, nak beli laici dlm 3-4 tin..adik wa janji nak buat Sirap Laici untuk buke nanti..perghh memang best giler sebab menu buka hari ni ibu buat tauhu sumbek kuah kacang..Alhamdulillah

Ada rezeki, wa citer pasal kisah puasa di kampung masa kocik2 dolu...tapi sebelum tu........AlFatihah wa sedekahkan kepada kedua2 atok gua, uwan Jompo gua dan sedagho magho oghang kampung wa yang dah poie dulu..wa teringat kisah kito menempuh Ramadhan dan Syawal dolu2..sobab korang la wa dah jadi canni...SYUKRAN JAZILAN, ALHAMDULILLAH DAN WA CAYA SAMA LU

Monday, August 17, 2009

Macam2 Minggu ni

PERTAMA,Wa baru balik meeting kat Sabah. 4 hari disana managed tengok 3 late night movies di Central Point. GI JOE..mang aii supeb, x sabar nak tunggu Blue Ray Disc kuar, SETEM..jalan citer yg menarik dan x membosankan..tahniah..Adflin Shauki, saper nak challenge, THE PROPOSAL, bagus, tapi ending nye x begitu kick..

KEDUA, Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia, wow terkejut. Masih terngiang kelunakan suara pemberian Ilahi kepadanya. Satu kehilangan yang besar. Suara merdunya memang susah nak dicari. Pasti sayu bila dengar dia azan dan takbir raya. AlFatihah...

KETIGA, H1N1 semakin merebak..wow cano nak buek nie..betulke ni baru first wave? kena jaga2 nie..elakkan berada di tempat awam..

KEEMPAT, adik wa Dr. Maslina convo kat UM. Tahniah. Sorang lagi pewaris kegemilangan keluarga gua. Orang Hindustan cakap "Parampara he Parampara"..

KELIMA, EPL dah kembali, Malam minggu pasti ceria. Tahun ni harap Liverpool menang at least 1 cup. Ketiadaan Alonso pasti terasa. Gerrard kena main bawah utk assist Mescherano dan Lucas.

KEENAM, Liverpool kalah plak 1st game. Sayang bawah lompong. X boleh Gerrard diletakkan assistant stricker. Dia kena jadi Forward Midfield macam selalu. Xpa baru first game. Kepada member2 MU yang SMS wa malam ni, enjoylah. Ni hari wa kena esok lusa lu pulak. Usahkan SMS, MMS n telegram akan wa hantar.. the rivals still continue

KETUJUH, Fantasy EPL gua berterabur..punca? sume players yang wa pilih mcm cibai..xpa..wa dah identify new set of team. Tottally new. Akan wa gunakan Wildcard..

Friday, August 7, 2009

Konsert Search

Sori agak terlambat wa bagi komen pasal benda nie...punca wa terpanggil buat entry sebab sebelum ke ofis tadi nampak wrist tag RM88 Celcom Berbaloi-Baloi Search Di Awan Biru.......wakakakaka

Wa ingat memang farewell tahap gaban tapi tidak sebab hati wa panas...punca?

Lu main muzik OK walaupun xda fewiiit langsung...wa rasa 1st time x dgr feewwittt konsert search setelah menjoin 12 konsert search atas padang sejak lahir...

Tapi Wa rasa x puas hati, bukan sebab lu all lambat...tapi kenapa security x jaga Blue Zone yang mahal gila tu? Wa bayar RM88, kata dapat exclusive..tapi ramai yang bayar tiket murah masuk ke kawasan tersebut...bukannya sorang beratus-ratus belas...

Dengan tiket Blue Zone yang habis dijual ditambah pulak dengan org x malu masuk, tempat yang kecik menjadi sesak dan panas...security pandang lepas tu geleng2..apo cito? baik ko poie tahlil dapat gak pahala...

Ada gak 2-3 orang yang melompat gua sound, tapi sebab speaker bingit..diorang x dengar..

Entahlah..sudahnya niat nak head banging lagu pawana, akhirnya nyanyi pawana sambil makan burger duduk atas sekoba di atas padang 80 meter dari pentas...

To SEARCH, for your info, this is my very first time not to head banging lagu pawana in your concert....

Tak puas hati lagi..balik ke rumah lepas tu nyanyi lagu pelesit kota kuat2 atas moto..sampai ade 2-3 org pandang semacam...dalam hati diorang agak eh...WEI LU GILO KO BAI !!!!!!! xpun BUDAK NI BUANG TEBIAT AGAK EH PEPAGI MELALAK ATEH MOTO...

Papepun wa tetap bersyukur dan mengucapkan TQ kepada Search dan Celcom...dapak gak poie konsert...

P/S: Yang paling best dan penuh memori adalah konsert di Pesta PD..mungkin sebab masa tu saiz seluar wa 28cm wakakakakaka n terus tido kat pantai...wakakakaka

Friday, July 17, 2009

Mudim Kampung

Wa dapek invitation kenduri member wa anak dia nak bersunat..wa tanya dia balik..lu giler ka sunat anak lu bukan musim cuti sekolah? Dia balas balik dengan selamba...lu yang x update dgn teknologi..sekrang sunat pagi..petang leh main rugbi.....lu memang buta IT la...orang Indonesia cakap GAPTEK...gagap teknologi..hahahahaha..Bahau..Bahau...

Cilako nyo member..tapi wa termanggu dengan apa yang dah berlaku sekrang ni..cepat na masa berlalu.....rasanya baru kejap2 ni wa abis sekolah...pantas yer...sepantas budak yang sunat then petang atau besok pagi nyer leh pakai seluar...memang hebat teknologi nie...wa tahu sapo yang sunat sekrang ni x berkudis dan bernanah mcm yang dialami dulu...pernah sekali wa tgk budak pi sunat kat klinik happy jer...wa osah hebat ko jang...takut pun tidak...

Kalau dulu sebut jer nak sunat rasa mcm itulah hukuman dunia yang paling dasyat diterima oleh kaum Adam ni...rasa macam pesalah hukum bunuh nak ditembak mati... X lalu dah makan..apatah lagi nak minum...nak main ngan kengkawan pun mcm bumi x berpijak..tidur x lena..apatah lagi pada sehari duo sebelum kejadian berlaku...tengok plak ado kambing ditambat...family balik nak buat kenduri...apatah lagi bila nampak batang pisang dah dibasuh dibelakang rumah...aduh..aduh aduh..dap dip dup..jantung memang berganda2...darah x mengalir.... bak kato oghang tuo2..ayam x putuih mati....inikan pulak.......dot dot dot

Pada wa, sunat sorang lagi seronok...sebab kalu sunat reramai ni, buatnya kita turn yang terkebelakang...mesti mati sebab terdengar jeritan keramat ditengah-tengah dendangan selawat/marhaban....kalau la Rabuan Pit bleh lari catat 11 saat, budak yang turn kendian tu mesti bleh buat 4-5 saat jer...ader...ader..berlaku...kakakakakaka...bukan wa..wa steady sebab wa sunat sorang2....

Yang paling x tahan bila disuruh mandi di sungai..hihihi...dah la sojuk...kito pun memang dah seminggu sojuk..semuo eh yang kocot...hahahahaha...tapi itu ado sebab... nak hilangkan sakit dan kurangkan darah banyak kuar.....

Yang suspen bilo mudim sampai..mudim kampung wa pakai baju silat hitam ... bersongkok.. bersamping kain pelikat...berbaju pagoda...pakai beg hitam hasil kursus2 yang dio dah poei...hehehe....

Bilo dah kono suruh duduk ateh batang pisang tu...sambil dib*g**kan dopan oghang yang berselawat tu..malu eh tahap Gaban...ado pulak yang baco kitab tu sambil menjeling apa proses yang berlaku...ongah ko..baco tu baco yo la..nak skodeng wa kenapo plak....mudim pun buek la cito kelakar nak sodap an hati..buek cito pasal masa depan yang gemilang dan berprestasi tinggi bila dah sunat..bleh tekel awek..bleh masuk kedai game...bleh semayang depan..leh jadi benteng family..dan sebagainya..masa tu la wa bersemangat kembali..itu sebenarnya bius mudim kampung..nak bikin budak khayal..x perlu nak bagi enjet 2-3 round...hebat x mudim kampung

Sebenarnya sunat kampung x sakit pun..yang sakit sebab oghang pegang kito ni kuat2...bayangkan sume sendi dipegang...tangan kasar2 lak tuh...budak dajah 6 kulit masih lembut lagi..apa x sakit dipegang kuat2...menjerit tu thrill jer rupanya..nak gempak budak yang lum sunat...x perasan pun dah selesai..tapi memang cekap....sekejap jer kain batik yang dipotong halus2 tu siap diikat..Wa caya lu....

Tapi kalo sapo yang sunat reramai lagi thrill...nombor 2 ke atas akan nampak mudim asah pisau depan diorang..kakakakakakaka...kalau wa xperience camtu alamat memang nampak liang lahad nyer...sebaik sensorang....

Kalau sunat kampung ni amik masa seminggu dua untuk sembuh....kudis dan nanah tu biasa la... hehehe itu bikin dia ummpphhhh.....pantang dia memang berjuta2...jadi kurus la kita seminggu dua tuh...alahai anak omak......tapi kalau dah sihat...memang tu hero kg...dipandang tinggi dan mulia...hehehehehehe

Sayangnya wa xdo gambar2 kenduri maso sunat dulu..yolah kodak mahal...nak develep laie..sekrang ni zaman digital lainla...

Tulis2 ni bergenang lak air mato...teringat waktu kanak2, pengalaman sunat tu..dan otai2 kg yang dah poie dulu....AlFatihah

Monday, July 13, 2009

I am quitting smoking

The first time was at the back of my house, Lucky Strike with Filter, stolen from my dad…that was 1993..form 2...Wa dah bosar...

Progressively, at school not so addicted, only when approached by friends… 2-4-6-8 sticks per week..cheap ma…20 posen jer…

Study, start to develop aggressively, as an inspiration to study, as a tool for memorizing the notes, to keep me awake for late night study…duit biasiswa ada......

Working, it becomes habit…very bad… 1-2 packs per day, reason? Maturity? Sense of belongings? Apa ke jadahnya? Duit sendiri di tangan, x segan nak beli…At the shop, they display not to be sold for under 18 and students! Wa dah keje ma…

Habis kenapa lu gilo nak berhenti x macho la mangkuk!!!!!!

Ontah, last Friday night...................

Suddenly, Afif who was playing on my side while I was lying down on the bed watching the Astro, handed me my cigarette pack:

Papa, What This? (Referring to the picture by the courtesy of Ministry of Health)

OOO, ni gambar orang x gosok gigi. So Afif kena rajin gosok gigi, jangan jadi macam ni..(To make my son understand the message easily)

Then suddenly, he kissed my cheek right after the explanation.

FUCK…..does he know I am lying to him? Do I want to continue cheating my parents on my smoking habit during school day to my son? Gua terus dilemma tahap Gaban…Kelu..Bisu..nak kata orang rumah wa ajar anak I cakap mcm tu..impossible...bini wa masa tu ada kelas

Apa punca? With no answer………I quit !!!!!!!!

I went to see Dr this morning to get some medication for my fever, flu and cough…..she said :

Akmal, it is not H1N1 symptom, no worries…but because of you had quit smoking you get all these…………your body shivering because you tahan something which is very familiar dengan your body…sabar n I congratulate and wish you the best of luck…………………

Arrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Afif, papa does this because of you…. I love U

Friday, June 19, 2009

Kisah di suatu Jumaat

Hari ni gua semayang Jumaat berhampiran opis gua...

Kisah bermula ketika gua khusyuk mendengar khutbah jumaat, tetiba datang seorang bukan warga negara terus duduk di sebelah kiri gua... diletakkan beg sebesar beg laptop disebelah hadapan kirinya berhadapan dengan seorang jemaah lagi

Ceritanya, pabila sembahyang, mamat disebelah kirinya itu terpaksa mengecilkan dirinya untuk sujud sebab ada beg mamat tu disebelah kanan hadapanya...peristiwa itu membuatkan gua tidak khusyuk semayang.. Punca? adakah itu adab?

Dalam Ilmu Adab yang gua belajar sekolah dulu, Nabi ada bersabda, kalau kita buang ranting dari jalan untuk menyenangkan orang lain yang akan melalui jalan itu kelak pun, akan dapat pahala tidak terhingga..apatah lagi menyenangkan orang lain semayang? Dan adakah beradab kita menyusahkan oghang lain untuk semayang?

Boleh sahaja dia ke saf belakang atau berada di tepi saf untuk letakkan beg berharganya itu.. entahla gua pun konpius..adakah orang Melayu ni lebih beradab dan memahami apa yang tersirat dalam kitab yang bukan dari bahasa ibundanya...

Ya Allah kalau salah fahamanku Ampunkanlah dosaku, tapi aku yakin aku faham ajaranMu yang dibawa oleh NabiMu

Dan gua yakin mamat yang terpaksa kecikkan sujudnya itu mendapat pahala yang lebih..

Apa yang baik ini kita amalkan dan sampaikan kepada yang lain

Wednesday, June 17, 2009

Gua hampir eksiden pagi tadi

Ceritanya bermula jam 7.30 pagi di hadapan sebuah sekolah berhampiran rumah gua

Gua yang tengah memandu melalui sebuah sekolah yang hanya 200 meter dari rumah gua then tetiba ada sebuah kete dari simpang sebelah kanan 20 meter dari pintu pagar sekolah terus masuk ke jalan utama yang tengah gua lalu..jarak kami kurang dari 10 meter

Apalagas gua terpaksa brek mengejut dan kekiri sedikit dek kelakuan brother ni yang x nampak kereta gua, diapun brek sekali, akhirnya kedua-dua kereta terberhenti dengan pintu kete kurang 1 meter dari pintu penumpang hadapan kete brother tuh..Syukur dan timo kaseh pado brek

Aksi pertama gua adalah menarik nafas dalam2 then pada masa yang terkeluarlah perkataan p******k lu...aksi kedua gua pandang tajam brother tu (pada masa yang sama jari gua dah mula disusun untuk membentuk isyarat berdasarkan perkataan yang keluar tuh)...disebelahnya ada anak dia yang cute dan terperanjat..trauma mungkin...brother tu angkat tangan mohon maaf dan cakap : Sori bang, saya nak cepat nak hantar anak dan tak nampak kete abang... gua nampak anak dia yang cute tuh memandang gua macam nak nangis dan terus tangan dan pipinya melekap pada dashboard tanda takut

Entah kenapa gua terus tu memberi isyarat kepala yang membawa maksud Baik Lu Blah sebelum Gua Belah Kepala Lu..then brother tu senyum cipan dan angkat tangan tanda terima kasih kerana gua tak marah dia sebab memang sepatah haram pun gua x cakap ape2 selain pandangan tajam dan isyarat kepala

Lepas kurang 5 meter kete dia melepasi kete gua, gua nampak dia marah anak dia...tangan dia seakan nak memukul pada masa yang menunding tempat kejadian...mungkin sebab anak dia yang menyebabkan hampir eksiden tadi.. mungkin anak dia yang lambat siap, kedua mungkin anak dia blok pandangan dia..

Perghh tetiba gua menyirap balik...isyarat tangan yang berbentuk p******k lu bertukar menjadi penumbuk..gua memang nak berhenti depan kete dia n nak sound, dengan ayat begini: "Lu yang bawak kete macam C***i, lu marah anak lu"...dia tetiba gua tengok jam dah 7.35, n gua kena punch card sebelum jam 8 pagi...so gua cancelkan niat tu dan terus memandangkan aksi anak beranak tuh....

Ooohhhh a little cute girl with a curly Cleopatra hair, I'm sorry on behalf on your father......

Saturday, June 13, 2009

Dah lamo tak tengok cerekerama TV3

Malam ni buat julung2 kali eh gua tengok cerekarama...mang aii memang dah lamo tak tengok cerekarama kat TV3..maun berbulan-bulan rasa eh...kenapa? korang mesti tahu..sebab eh bola kat astro

Memang musim cuti EPL membuatkan malam sabtu dan ahad gua sepi sikit...boring x tentu pasal.. hebat jugak penangan EPL ni...dulu oghang heboh ngan raja lawak ngan akademi fantasia pun, gua sikit tak hapik...entah kenapo...mungkin x menarik... atau mungkin x sodap bagi gua..

Selain Liverpool gua minat Real Madrid..mang aii diorang dah boli Kaka n Ronaldo... memang azab la coach diorang nak jago...mintak la monang semo cups kecuali Champions League..sobab tu Liverpool yang monang...

Bagus jugak si Fergusen tu jual Ronaldo 80 juta pound...banyak players bagus lain yang boleh boli.. bijak jugak dio tuh...hmmm bak kato Tan Sri P Ramlee...jual manusia lagi untung... hai dunia2..

Liverpool? Hmmm untung taun lopeh kono bayar hutang oghang plak... tula sapo suruh jual kek oghang luar...kesian tengok Banitez tak leh belanjo bosar...tengok oghang lain boli la nampak eh... tapi xpa, the Kops terkenal beli player yang xda nama dan kemudian cemerlang di kemudian hari...

Kalaulah Torres ganding ngan Villa atau Edin Czenko kan mantap...mesti van der sar kutip bola dalam gawang sendiri banyak kali...hehehheheh

Sebut pasal EPL, apo nak jadi MSL kito...liga nama super..tapi player import xda... x kemana perginya MSL..tengok N9..harapkan Zakuan yo..kalau member x perform abis... dio striker yang paling star dalam Malaysia selain Safee Sali (Selangor).. jadi diorang berduo ni xdo tandingan... cubo kalu ado player import..dah tentu 1st eleven pun susah... kalau ado awang import..tentu diorang nyer skill laie hebat...

Dah habis lum cerekarama tadi gak eh? lotih gua, banyak na iklan....

Kalu di Bahau sekarang ni..dah tentu gua sedang main lucky ball ni...dapek yo duit rokok n isi minyak keto...KL ni xdo kaki la...sume eh ado komitmen...

Friday, June 12, 2009

Tahniah kawan2..

Tahniah gua ucapkan kepada kawan2 yang mengkhabarkan berita gembira mereka pada hari ini

Si I (namanya dirahsiakan sebab dia x buat announcement lg) akan posting ke London mulai Julai nie... hmmm dah 2 orang member gua posting di London pada masa yang sama.. Insya Allah gua sekeluarga sedang merancang bercuti di sana samada hujung tahun ini (winter) atau Mac-April 2010 (spring) .. Tahniah...

Kedua si Azrul akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana tahun depan di US.. heheh dapat gak lu pi belajaq kat US selepas tahun 1996 dulu lu hanya sempat beli beg jer... ke dah dapat tiket masa tuh? Apa barang belajaq kat sana? Kata nak belajar kat UK? Gua plan nak sambung di University of Liverpool 2012 ngan orang rumah gua..baru seronok beb...

Papepun tahniah..... WA CAYA SAMA LU

Wednesday, April 8, 2009

Sedikit Coretan semasa di Berlin

Sorry lama x posting sebab sibuk dengan program Kementerian..ado 7-8 event yang terpaksa di handle...




Last 3 week gua diberi amanah untuk ke Berlin, Jerman... inilah kali pertama wa ke Jerman selepas rata Europe wa jalan...kat Berlin, Malaysia participate dlm Internationale Tourisme Bourse 2009, pameran pelancongan yang terbesar di dunia...mang aii, just imagine pavillion asia jer 7-8 padang bola, belum pavillion europe lagi yang 20-30 kali ganda besar...wa try la jalan2 ke semua pavillion...wah tercabut lutut...nasib baik ada halwa mata...hehe


Berlin merupakan pusat pentadbiran Jerman dimana almost all embassies berpusat di sana...berpeluang juga jumpa si Jeremy and Tuan Mus di sana...Si Jeremy nak balik dah katanya...Ofis Tourism adalah di Frankfurt sebab kami ikut direct flight MAS

Wa bawak 2 bungkus besar Maggi Mee pelbagai rasa, satu pun x jamah sebab pavillion Malaysia ada sediakan makanan, Alhamdulillah, tak putus nasi dengan teh tarik di sana...malam wa belasah kebab Turki yang berharga €3 yang gedabak besar...


Cuaca? Mang ai...7 darjah celcius... berlapis baju gua..hari kedua tu wa sakit dada n terus call org rumah gua...yolah sakit2 dado ni manelah tahu x sempat tinggal pesan... hehehe... terus bini gua marah sebab punca gua sakit dada ialah kerana gua kurangkan rokok gua...bini wa cakap kalau perokok tegar kena maintain hisap rokok sebab dada tu memang lagi kecut kerana sejuk.....macam mana wa kurang hisap...dlm bangunan x bleh rokok..nak rokok kat luar...luar sojuk bai...papepun thanks baby.. inilah galakan supaya gua hisap rokok yang pertama dari bini gua yang selama ni sanggup sorok rokok gua n membebel suruh gua berhenti... yes yes on the way...

Dikesempatan ini juga, wa jalan2 di Berlin, wah maju nyer Jerman, keto usah cakap la, sume ada GPS ..terbeliak mato...huhuh..kalaula boleh ghembat satu n pakai kat KL, mesti kete wa paling Otai..hehehhe.. di Berlin, yang paling famous adalah kesan tembok berlin yang telah memisahkan Jerman Barat dan Jerman Timur...lepas mereka bersetuju membentuk sebuah kesatuan, maka pecahlah tembok tu yang mempunyai seribu satu sejarah...



Selain tembok Berlin, satu lg tarikan pelancong dan 'must visit place' bg student International Relations mcm gua adalah CheckPoint Charlie.. apalagas berkodak-kodak wa amik gambar...





Wa sepatutnya singgah London masa balik tapi wa alihkan ke Amsterdam sebab x pernah sampai sana...London 2-3 kali dah lepak sana....best gak Amsterdam... selain kincir angin yang tinggi...awek eh pun tinggi2...hehehe...papepun terima kasih KPL kerana hantar wa mission ke Eropah sekali lagi..

OK jumpa lagi

Sunday, March 15, 2009

Glory Glory Glory

Banyak betul petikan hari ni, tak abis-abis, jadi gua amik sikit:-

Abang Man Shah, JB - "Abang memang dah agak dah...Abang Liverpool"

Pian, Kedah - " Ni liverpool lawan team mana ni? Proton FC ka?

Kak Kiah, Kg Pandan - " Akak memang marah ngan abang ko, habis anak2 diajak sokong dia tengok bola, sampai akak nak tengok rancangan feberet akak kat tv3 pun tak boleh, takpala demi suami dan anak2 akak sanggup, jadi akak buat kueh jer kat dapur... mula2 tu dengar jugak diorang menjerit dan terlompat2 sampai nak runtuh rumah, tapi lepas tu senyap jer....akak tak tahu kenapa"

Wahid, KL - " Hari ni memang hari yang gembira "

Cumin, Balakong - " Ambo tak tau nak ghoyak lagu mano, ambo sokong kelate lagi baguih, main bola lagu tuh, nak ghoyak champion? Eh tok se!"

Din Beramboi, Kg Bukit Kelulut - "Pakcik ghaso Sekolah Bayai laie bagus, apo sekolah Bayai buleh ko main kek EPL? "

Helmy, Klang - " Kalau berani lawan final Champions League lah!

Mohd Daud, Putrajaya - " I reserve my comment"

Mr X, MU - " Torres is unexpected, Golliie donno to confront him or not, he looks like a desperate tiger, when we thought that we can get Gerrard's but Tevez gave the wrong direction, Aurelio ball was superb, too fast to catch, at a glance of the eye, the last goal I think I watched somewhere, donno where.. I left the stadium early, got train to catch."

Rafael Benitez, Liverpool - " Tak dapek pialo pun takpo, den pueh hati monang lawan MU duo kali, memang tu target den sebonar eh tahun ni.. bebudak pun koba camtu dan cadang nak sedokah an la pialo tu, kang tak cukup lak limo, sedokah kan amal jariah!"

P/S: OKlah, wa nak tido...timo kasih dengan sms-sms yang diterimo sebaik gua on tipon bilo touchdown kat KLIA suboh tadi, jet lag laie nie ha.. nanti gua cito kisah seminggu gua di Amsterdam dan Berlin.. semantaro tuh jangan lupo tengok clips ni..Alhamdulillah

http://www.liverpoolfc.tv/estc2/premium/?channel_id=1

Thursday, February 26, 2009

Menguasai Tapi Tidak Mengatasi

Hola Hola Hola

Perrghh sudah dua malam gua berjaga... mata ni kuyu jer kat opis, bila meeting tu pengerusi tu nampak separuh dan balam-balam yo, budak-budak opis yang lalu lalang..nampak macam terawang-awang yo...diorang ni pakai ilmu apo boleh pulak terbang2... anak buah Mbok Miah ko apo?....komputer ni pulak nampak macam nak shutdown jer, itu gara2 melayan minat yang menebal dalam hati gua ni...

Hari pertama, dengan berbekalkan HP di tangan, sabar menanti detik2 untuk menghantar kata2 manis kepada sahabat2 ku. Sayang seribu kali sayang, sidia memang menguasai tapi tidak mengatasi..kesian.....kesian...kesian...dengar cerita hampir keseluruhan mereka datang kerja awal sebab tidak boleh tidur lena... Tapi kenapa? Adakah kerana lupa silent tipon? Atau masih terngiang nasib malang? Atau tersilap pasang alarm? Atau asyik berfikir apa jenis ucapan balas yang boleh dihantar kepada si Bahau ini pada harinya pula? Hari hujan pagi tu memang tak dapat dinikmati dengan sempurna dibawah selimut tebal!!!!

Tetapi, pagi ni gua terperanjat, tiada satu pun ucapan balas dihantar kepada gua...rasanya volume HP gua adalah tahap paling tertinggi.....tak sabar mendengar bunyi.....hairan yang amat hairan? Mana pergi mereka semua? Tidur lena untuk balas tidur semalam? Atau tiada modal? Atau tiada kata yang dapat diucapkan? Atau tiada idea yang dapat dilontarkan? Mungkin gara-gara yang ini Menguasai dan Mengatasi......lebih manis...bukan di arena sendiri

Hari ni gua punch kad awal, 7.50 pagi... hati puas...on the way ke opis, ramai yang senyum2 dan angkat tangan...eh gilo ko tak konal angkek tangan? rupanya2 kete masing mempunyai sinar yang sama....heheheh....di jalan Syed Putra...berbaris 10 kete dengan tanpa tak sengaja yang mempunyai sticker yang sama... tidak berniat tetapi mungkin dah ditakdir bersama dengan yang sejiwa... THE REDS ARMY IS MARCHING.......

P/S: Score tempat lawan ni banyak makna.......jadi hati2 semua....GOOD LUCK....

Friday, February 13, 2009

You Will Never Walk Alone

Tahun ni target nak bawak Nadia n Afif ke Anfield...Enrich dah cukup, tapi bulan ni KLM Royal Dutch Airlines umumkan flight KLIA to John Lennon Airport (Liverpool City) via Amsterdam..
Tak tahu berapo hargo eh, Kalau AirAsia ke London pun paling murah kalo dapek bid RM1000-RM2000

Jadi dah banyak pilihan, poning kepalo den...KLM ko, Air Asia ko, atau redeem Enrich MAS, kalau redeem tiket eh free, tapi tax eh melampuh..maun RM2000 per head...agak eh la sobab boss gua ari tuuh bercuti kek Sydney pakai Enrich, tax eh yo RM1400..ke London apo tah laie..

Tapi mungkin pergi naik KLM, lepas tu ke London naik train, lepas tu ke Paris naik train, peh tu balik ke KL naik MAS redeem, apo laie ikek la poghut

Toghuh Toghang, gua memang kepingin nak tengok game kek Anfield, belanjo bosar sekali sekalo tak apo, kono psycho n ajar Afif tentang Liverpool, takut2 dio sokong MU, Gunners atau The Blues lak sok, INI DAH MELANGGAR PANTANG LARANG DAN TRADISI KELUARGA!!!

Bob Paisley Gate and the Bill Shankly Gate, akan gua langkah dengan berjaya nyer, Insya Allah
HAIL HAIL THE KOPS

Kalau jadi ke London nanti, gua akan singgah ke rumah Amal, then terus ke Paris untuk tido di rumah Adlan sekali lagi, then merasa tido dirumah Megat atau rumah Mohi... wah wah maun 2-3 minggu nie..sponsor ramai...heheh apa guno duit elaun tinggi2 kalu tak sumbangkan kepado kawan2....

Oghang koba, sesapo belanjo gua, joki eh melimpah ruah lopeh tuh, cayolah

Gua mengambil masa 8 bulan untuk posting kedua

Wakaka....Semenjak posting Jopun, barulah ado peluang nak posting lagi..kali ni gua try buek posting banyak2....

Sorilah..memang sibuk gilo...Setiap Bulan fly....tapi best sobab dah belajar ke Asrama dulu...
Lopeh Jopun poie Mosir, peh tuh Dubai, peh tuh Bali, peh tu, Jakarta, peh tuh Bukit Tinggi Sumatera, peh tu Bangkok, peh tuh Viet Nam, peh tu Jakarta, peh tu Jogjakarta, peh tu Palembang, peh tu Jakarta laie.... Cukup tak 8 bulan? cukup kot...

Bilo la gua nak jumpo Meor kek Beijing, nak jumpo kek KL susah... Gua akan mintak satu trip dr KSU untuk ke sana, mungkin ikut Tourism Malaysia peh tu leh la gua tido umah ko dalam semalam duo...

Kepado Muzi.....Siapkanlah kasut kilat ko

Kepado Bro Cuman, gua tengok kito ni ado minat yang samo, photography, leh la gua belajar ngan lu...gua baru mencebur diri dalam bidang nie...