Sunday, November 8, 2009

Piala Malaysia 2009 khas untuk Tuanku Muhriz


PERJALANAN JAUH TAK KU ENDAH

Piala Malaysia tahun ni merupakan kenangan terindah. Wa hanya miss 3 games masa group clash. Suku, semi dan akhir wa registered full attendance. Lam ghaib mumkin, walakin maujud daiman abadan. Dari Paroi ke Darul Aman,terus ke Kuala Terengganu dan berakhir di Bukit Jalil dengan kejayaan sejuta kenangan.




PENGALAMAN SEDANGKAL PEMIKIRAN

Memang best bersama rakan2 di N9Futbol.com. Waghih tegar sehidup semati. Heheh macam2 kerenah macam2 ragam, seperti duduk dalam satu dorm asrama. Syabas pada 3-4 brothers yang menjadi penjawab tempahan dan otai lain yang bertungkus lumus menjayakan trip nie. Trip ke Kedah, aman sahaja laksana nama Negerinya. Yelah kami cuma melawan pasukan kelab sahaja, lagipun pengalaman wa keje di utara dulu, orang2 disini x ganas, diorang respect org, yang datang disambut, yang balik dilambai. Apalagas, stadium Darul Aman kena conquer la sebab x ramai org Kedah datang.

Tapi lain ceritanya di Kuala Terengganu, the expected was unexpected. 2 penyokong N9 terpaksa mendapat rawatan di hospital. Report polis dibuat. Stadium terlampau pack sangat. Kapasiti wa rasa 12-15k jer, tapi yang datang lebih dari tu. Sampai ada yang bersila sebelah pagar stadium, dan kami cuma dibenarkan datang 160-180 org jer, memang masak la. Sebaik la polis sana ada, kalu xda lagi teruk lagi. Terima kasih juga dengan Ganusoccer.net yang membantu kami. First time bas-bas kami diescort sampai ke Marang. Tapi sempat jugak diorang baling batu tu, heran tul. Tapi mercun jenis bungapi yang meletup kembang 10 meletup lagi tuh yang buat gua x puas hati, dibaling ditengah2 180 orang kami....bukannya apa, ada 10 budak bawah 10 tahun. Tapi tulah kami dah pesan jangan bawa anak, diorang bawa anak gak, so nak buek canno, bebudak tu kami masukkan ke dalam control room stadium tersebut yang betul2 di kawasan kami...



MANGSA JUALAN TIKET

Selepas balik KT, kitorang dah merancang ke Bukit Jalil. Penyokong Tegar N9 yang selalu penuhkan stadium paroi 15-20k sahaja. 20k lg datang bila menang. Kelantan usah cakap la, penyokong diorang memang confem bleh capai 60k. Jadi dimaklumkan dalam paper, N9 diberi 20k dan Kelantan 30k dan selebihnya 35k akan dijual di Bukit Jalil. Ceritanya bila start dijual pada hari Selasa, di KB habis dalam masa 4-5 jam sahaja walhal di Seremban mengambil masa 3 hari untuk habis. Puak N9 ni mmg lambek boli, sobab diorang ingat leh cargas ke Bukit Jalil, Entah macam mana, 30k dari 35k tiket yang janji dijual di BJ dihantar ke KB sebelum Jumaat, dan pada hari jumaat baki 5k dijual di BJ. Tu yang buat spoil tu, masa gua saje tgk perkembangan di BJ pada hari Jumaat, beribu penyokong N9 berasak dengan penyokong kelantan yang tinggal di KL, apo cer? puluh ribu rebut 5k? Jadi akibatnya 22k N9 ditemani oleh 64k orang Kelantan. Masak la. Sejak 12 tahun wa duduk KL ni, x pernah wa miss satupun final Piala Malaysia, kalau wa bukan orang N9, x tahulah tahun ni leh tgk final ke tidak. Mmg full packed.

PESAN MB DAN KETUO KAMPUNG SURUH BERADAB

MB N9 dan semua ketuo kampung termasuk Imam surau dan masjid N9 telah pesan agar penyokong N9 beradab tengok final bola. N9 Futbol dan Kelate.Net telah lancar kempen anti keganasan bolasepak. Orang N9 sonang jago dan memang mendonga kato,org minang ni kalau marah diorang diam. Tapi bilo x tahan, memang susah nak menyobakannya. Dengan penyokong yang outnumbered, memang senang kami diprovoke. Mujurlah polis ada mengawal keadaan. Orang Kelantan OK bukannya ganas, tapi ada segelintir tu bila dah ramai diorang naiklah syeikh, biasalah. Cuma peristiwa tu menjadikan ado yang berdendam. Tu terpulanglah kepado masing2. Sedih, sesama Melayu pun pasal bola nak gaduh. Buek apo beriyo bona, monang kalah adat pertandingan. Kita nie bukan ramaipun. Wa salute kepada seorang AJK Kelate.Net yang cedera dipukul oleh Geng Merah kerana membantu 2 orang penyokong N9 yang dipukul di LRT BJ. Nasib baik betul kejadian tu berlaku ketika Penyokong N9 masih belum habis keluar, dan sedang meraikan penganugerahan piala di dalam stadium. Kalu x entah apa yang akan jadi. Papopun timo Kaseh. Wa tabik spring kat lu.


AKHIRNYA PENANTIAN 61 TAHUN TERUNGKAI JUO

Ramai heran apa rahsianya team N9 boleh cipto rekod PM. Menang sume game. Score 27 bolos 3 sahaja. Punco? Team ni kuat disume posisi. Diorang lak main untuk ungkaikan impian 61 tahun rakyat N9. Piala khas untuk Yam Tuan. Dibantu pulak dengan tarikh, tahun yang seakan berpihak kepada N9. Itu sahaja. Jadi tahniah N9. Tahniah sumo. Dapat jugak wa kucup Piala Malaysia Piala Keramat.



Balik juo ko jang ooi balik ke kampung
Lamo bona ko jang oii dighantau oghang
Alahai anak omak!!!!