Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Ghayo





Sempena menyambut Syawal Qudus ini, gua sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dah silap selama kita bersaudara. Sesungguhnya gelak ketawa dan hiba nangis gua dengan korang selama ni adalah ikhlas.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ زَيِّنُوا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ.

رواه الطبراني

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Hiasilah hari-hari raya kamu dengan takbir. "(Riwayat Tabrani)

اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً.

لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ.

لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لاَ إِلَهَ إَلاَّ اللهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.

Dari Bahau Sekeluarga

Thursday, September 3, 2009

Meriam Buluh Meriam Tanah

Tetiba wa terkenangkan kisah kecik2 dulu di kampung masa menyambut Ramadhan..x lain x bukan ialah main meriam buluh dan meriam tanah...

Meriam buluh ni x best main sorang2 atau sorang dua, dia kena main berkumpulan. Tag team ni normally 3-4 orang. Tukang bancuh, tukang suluh, tukang sorong dan tukang cucuh. Baru lengkap. Selalunya tag team ni ikut kawasan rumah yang berdekatan. Selalunya 1 kampung ada 9-10 tag teams. Yg bestnya kg gua bersambung2 dengan kg2 lain dalam jarak yang dekat dan dipanggil Mukim Kolo Jompo. Jarang tag team2 satu kg bergabung, tetapi akan bergabung secara x sengaja bila dengar dentuman dr kg sebelah. Port berbeza2, tp normally di kawasan lapang supaya bunyinya jauh kedaung.

Budak mukim gua amat berdisplin dlm hal ni. Mcm askar la katakan. Kitorang x akan main sebelum pose mencecah minggu ke-2. Mula2, lepas sekolah kitorang akan kumpul dulu bincang strategi, tahun ni meriam buluh ke meriam tanah, kalau buluh bilo nak ke baruh amik buluh, kalau meriam tanah busut rumah sapo nak dikorek, perkakas2 sapo yg bawak, buluh nak panjang mana, nak buat design apo, pelito umah sapo, port meriam dimana, duit kebait berapa hinggit soghang n last sekali sapa jadi apa masa main.

Bila dah ready, kami akan buat sama2. Dari A sampai Z. Kebait senang, beli kat kodai depan sekolah tu ja. Cakap je kat tokey tu abah kitorang suruh beli, tentu dia xkan soal. Kami akan start main lepas maghrib, then berhenti jap untuk tarawih, heheh kami memang hormat otai2 kat surau tuh, lepas tarawih kami terus cekup moreh2 di surau utk dijadikan sebagai resyen dan bawa ke port kami. Wakakaka askar mesti ada resyen. Nak perang lah katakan. Kami main ikut dentuman pihak lawan, dan akan tamat pada jam 11 lebih, kena balik beb, esok nak sekolah. Jgn terlebih2 masa sebab org kg tidur awal...wakaka

Yang bestnya, xda sorang pun otai2 kg kami yang marah kami main benda nie. Diorang cakap, ini budaya budak kg, mainan budak kg, xda benda ni x meriah la. Diorang kecik2 dulu main gak..Mungkin sebab dilihat kami berdisiplin main benda ni, kebait secukup rasa, buluh diikat rapi, x ikut perasaan...Alhamdulillah dah 30 tahun wa idup ni, xda satu kejadian x diingini berlaku dikalangan yang main benda ni di mukim kg wa. Yang pentingnya, disiplin, bekerjasama, hormat orang dan beringat selalu

Tulah kekadang bilo baca paper tengok ada yang putus sana putus sini darah sana darah sini, wa cukup heran...apsal kami bebudak kg yang pure ni x kena apa2 masa main dolu2? Bukan nak mintak la, tapi tula yang wa heran bila ada yg tercedera..main x beringat tuhan nak balas la tuh..lain kali baco Bismillah dulu

Hai...pilu rasanya bila tulis cerita ni..ke gian nak main lagi? entahla...dah la tu zaman dah berlalu..kini zaman lain, zaman carik duit, zaman memain dah habis, kini memain lain pulak wakakakaka

Kepada Prebet Ceeq, Prebet Mael, Prebet Ad, Prebet Anip, Prebet Jilin, Prebet Ayoi, Prebet Tapa...wa coretkan sedikit kisah kita masa kecik2 dolu...kisah kenangan kita akan tetap terpahat sampai bila2...tanpa korang wa x akan lalui kisah2 menyeronokkan dan penuh pengalaman itu..

Squad, jumpo kita ghayo nie, tapi sori bukan di surau pd raya pertama, raya ketiga baru balik kg, tahun nie turn Shah Alam la pulak.....

Boommm!!!!!!!