Friday, June 19, 2009

Kisah di suatu Jumaat

Hari ni gua semayang Jumaat berhampiran opis gua...

Kisah bermula ketika gua khusyuk mendengar khutbah jumaat, tetiba datang seorang bukan warga negara terus duduk di sebelah kiri gua... diletakkan beg sebesar beg laptop disebelah hadapan kirinya berhadapan dengan seorang jemaah lagi

Ceritanya, pabila sembahyang, mamat disebelah kirinya itu terpaksa mengecilkan dirinya untuk sujud sebab ada beg mamat tu disebelah kanan hadapanya...peristiwa itu membuatkan gua tidak khusyuk semayang.. Punca? adakah itu adab?

Dalam Ilmu Adab yang gua belajar sekolah dulu, Nabi ada bersabda, kalau kita buang ranting dari jalan untuk menyenangkan orang lain yang akan melalui jalan itu kelak pun, akan dapat pahala tidak terhingga..apatah lagi menyenangkan orang lain semayang? Dan adakah beradab kita menyusahkan oghang lain untuk semayang?

Boleh sahaja dia ke saf belakang atau berada di tepi saf untuk letakkan beg berharganya itu.. entahla gua pun konpius..adakah orang Melayu ni lebih beradab dan memahami apa yang tersirat dalam kitab yang bukan dari bahasa ibundanya...

Ya Allah kalau salah fahamanku Ampunkanlah dosaku, tapi aku yakin aku faham ajaranMu yang dibawa oleh NabiMu

Dan gua yakin mamat yang terpaksa kecikkan sujudnya itu mendapat pahala yang lebih..

Apa yang baik ini kita amalkan dan sampaikan kepada yang lain

No comments: