Tuesday, October 6, 2009

Kemeriahan Liga Malaysia Perlu Lebih Promosi

Kalu korang perasan, promosi Liga Malaysia dirasakan tidak hebat dan meriah berbanding promosi yang dibuat ke atas Liga Bolasepak Utama dunia. Promosi ibarat lepas batuk di tangga.

Kita arif mutu bolasepak negara jauh ketinggalan berbanding di Eropah, kita tahu ramai lagi bebudak ni sokong team Eropah dari team negeri atau kelab di Malaysia, kita tahu ramai yang lebih menanti keputusan luar negara dari keputusan dalam negara..tapi wa tau jauh dilubuk hati, sesapa yang berstatus warga negara Malaysia PASTI ingin tahu perkembangan terkini bolasepak negara

Pedulikanlah prestasi mereka, pergi jahanam keputusan perlawanan mereka, lantaklah apa yang level bolasepak kita..tapi sikap sayangkan bolasepak negara SEMEMANGNYA ada di setiap hati kita. X gitu?

Oleh tu, wa harap agar pihak yang berwajib meriahkan la semula Liga Malaysia ini. Macam mana orang nak p stadium, kalau promosi tiada. Kekadang orang x tau Liga Malaysia ni dah sampai peringkat mana.

Orang x datang umah kita, kalau kita x ajak datang rumah! Orang luar x datang melancong ke Malaysia kalau warga Kementerian Pelancongan buat keje di pejabat sahaja!! Arwah Uwan gua pernah cakap, kalo kito buek kenduri, jangan ado niat harap jangan ramai yang datang takut lauk x cukup, InsyaAllah orang x akan datang, lauk mesti berlebih! Niat memang x akan menghalalkan cara.

Masih ingatkah kita dolu2, paper kita penuhkan satu page pasal pre and post matches. Kita sampai berebut suratkabar dengan family member untuk baca suratkhabar. Haha nak berebut baca page belakang. Itu zaman semi-pro jer tuh

Masih ingatkan kita dolu2, di jalan raya kereta2 pakai sticker team masing2.. itu zaman semi-pro jer tuh

Masih ingatkah kita dolu2, kat sekolah kita berebut cite pasal bola sepak negeri masing2..sampai ada yang bertumbuk..itu zaman semi-pro jer tuh

Puncanya? Promosi masa tuh hebat jer. Baik dari penaja, suratkhabar, media dan FAM sendiri. X hebat pun bolasepak masa tuh.Jangan cakap masa tu kita hebat, wa rasa sama jer, mungkin sekarang lagi hebat, masa tuh xda Astro jer...

Kemajuan bolasepak negara bukan milik FAM dan TM selaku penaja..semuo pihak bertanggungjawab, termasuk suratkhabar tempatan. Oleh itu, wa harapkan banyakkanlah lagi promosi bolasepak negara. Tau kenapa ada team berhutang? Kenapa gaji x bayar? Kenapa EPF x potong? Sebagai orang x p stadium..

Pedulikanlah team lu kalah, diorang kalah sebab lu x p stadium sorak diorang...Lu pikir la sendiri

Sebagai peminat bolasepak negara, kita mesti memperjuangkan isu promosi ini. Kita mesti maklumkan pihak media tempatan untuk memperbanyakkan cerita bolasepak negara di dada akhbar tempatan. Rasanya paper kita masih lagi laku kalau hari2 keluar cite Liga M. Orang masih ghairah dengan team negeri masing. Percayalah!!!!

Sokong team luar negara x akan memajukan bolasepak kita. Diorang tambah kaya ada la. Nasib bolasepak kita adalah di bawah telapak tangan kita. Kita sendiri yang mampu mengubahnya...Ayuh!!!

2 comments:

CuMaN said...

beghonti nyokong liverpool tu..moh kito ke paroi..nyokong zaquan adha, idris karim, shukor adan pulak.. :)

Bahau Otai said...

Bang, ado FB x?

Juga layarilah n join www.n9futbol.com

Moh waghih