Wednesday, August 26, 2009

Tarawih di Kg Tunku

Wa tiap2 malam semayang Isyak dan Tarawih di Masjid Kg Tunku, yakni dalam kejiranan mertua wa. Cuma semenjak 2-3 hari lepas wa perasan Tan Sri Sam akan semayang di saf ketiga dihadapan wa setiap malam...Tan Sri Sam memang salah satu idola wa dlm servis nie. Tak sangka Tan Sri Sam duduk di PJ lepas pencen.

Hmm..Masjid Kg Tunku ni saf 1-5 sebahagian besarnya dipenuhi oleh otai2 manakala saf2 lain oleh golongan muda. Dan otai2 nie kebanyakannya YA.Bhg. Tun/Tan Sri/Dato' Seri/Datuk Seri/Dato'/Datuk. X heran tabung Masjid ni gua tengok riban2 penyatanya setiap minggu. Kete yang parking usah cakaplah. Setakat Ferrari ngan Carrera tu tak cukup tangan nak kira. Alhamdulillah

Lantas terdetik satu perkara dlm kepala hotak gua. Kawasan ni kebanyakkannya didiami/diterokai oleh otai2 professional dimana 50% adalah bekas professional kerajaan dan 50% lagi professional swasta mcm lawyer, doktor, businessmen. Campur sume bangsa. Kawasan ni dibuka oleh PKNS pada awal 60an. X heran design rumah2 disini sebijik mcm cite Anak Bapak, Rumah Ketua Perompak Nasib Do Re Mi atau Rumah Nyonya Mansor. Besar2 dan value dia paling cipan RM2 juta. Kebanyakkan owner fasa pertama sama ada dah meninggal atau pencen. Fasa kedua (70an) sampai fasa 4 pun dah ramai yang pencen. Rumah mertua gua fasa pertama. Arwah Atok bini gua yang beli. Dia Akauntan kat AG.

Rumah kat sini mesti ada garden yg besar. Porch kete yang boleh muat 5-6 bijik. Belakang dapur ada tempat lepak n BBQ. Ruang tamu ada 2. Wow..ceritanya, kan best kalau wa masuk servis batch 60-70an. Dah tentu rumah wa akan cenggini. Tapi sekarang, kalau wa labur RM700,000 pun rumah wa tetap x sehebat rumah disini. Xda garden besar, bilik tidur kecik, car porch muat 2 kete jer (tupun proton n kancil). Padahal bila wa reccy, diorang beli rumah ni dlm hege RM200,000-RM 300,000 jer masa tu, dah sekrang diorang dah jadi jutawan dlm diam.

Moral of the story: Hebat tul servis dan professional dulu2. Tinggi status diorang masa keje hingga ke pencen. Sekarang nie dah ramai sangat dah jadi pegawai kerajaan dan join professional, kekadang org yang x lepas sekolah jual burger tepi jalan lagi kaya. Aura dolu2 tu semakin hilang. Entahlah...Wallahua'lam.

1 comment:

chuaw@i said...

Gua pun nak citer Bahau, gua terawih dengan idola gua jugak dan yakin lu minat jugak ngan dia....lu tahu sapo? dio iolah...Yazit Drummer Search, wa caya lu brader